Proton Suprima S




Harga Proton Suprima S

Suprima S:-
Proton Suprima S 1.6 Executive (metallic) RM76,688
Proton Suprima S 1.6 Executive (solid) RM76,338
Proton Suprima S 1.6 Premium (metallic) RM79,988
Proton Suprima S 1.6 Premium (solid) RM79,638


Proton Suprima S memenangi kategori ini walaupun varian Vios J adalah lebih murah. Perlu diingatkan gear Vios J adalah manual dan varian automatik Vios hanya bermula pada harga yang lebih tinggi berbanding Suprima. Sudah tentu pilihan gear automatik menjadi pilihan terutamanya kepada pembeli yang kebanyakannya membuat pemanduan di dalam kota. Malah dengan hanya perbezaan RM3,000 sahaja berbanding varian asas, pembeli Suprima S sudah boleh mendapatkan varian yang paling hebat iaitu Premium

Suprima S – secara mudah, model ini sebenarnya adalah Proton Preve versi hatchback. Daripada komen yang diterima, ramai yang kurang berpuas hati dengan rekabentuk belakang Suprima S. Lampu bahagian belakang tidak cukup menggoda pada pandangan kami. Namun bahagian depan Suprima S memang tidak dinafikan mempunyai ciri-ciri yang mampu menarik perhatian.



Suprima S - secara jujur, rekaan dalaman model ini nampak tidak begitu menarik. Sekali pandang, nampak terlalu kosong. Namun begitu, ciri-ciri seperti GPS dikuasakan Android, wifi, 7 inci LCD untuk pemain DVD dan 4-6 speaker berdasarkan model, memang terserlah kecanggihan yang ditawarkan.



Suprima S - enam beg udara, tingkap kuasa anti-perangkap, Sistem Anti Kekunci Membrek (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) serta bagi model premium disertakan Park Assist dan kamera undur.

Suprima S - 1.6 liter dengan ProTonic Continuous Variable Transmission (CVT), tujuh kelajuan automatik yang menawarkan kuasa maksimum 140 PS pada 5,000 revolusi per minit (rpm) dan kuasa kilas 205 Newton meter (Nm) pada 2,000 hingga 4,000 rpm, berkuasa sama seperti enjin 2.0 liter lain.